Pengikut

Sabtu, 28 Julai 2012

ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM GAHZALI

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalam dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut  jantina.  
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jika jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kataq-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru berpenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun.
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak - anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru lepasa solat lima waktu.

~SAMA-SAMA LAH KITA MEMPRAKTIKKAN AGAR KITE MENDAPAT KERADHAAN ALLAH DAN BERJAYA DI DUNIA & DI AKHIRAT .... ~

RESEPI KEK KEJAYAAN

                                 BAHAN-BAHANNYA

250 gm Daya usha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan 
190 gm keinsafan
150 gm Pengorbanan
(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 Sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm Senyum secukup rasa

                            CARA - CARA MEMBUATNYA
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.
Biarkan adunan menjadi lembut.
Setelah itu cempurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

P/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jahuilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik.................................... 

#semoga berjaya#